Hello there!
Dah lama tak update blog. Nak kata sibuk tu idok lah sibuk sangat tapi ada lah few events yg sangat bermakna dan penting berlaku kpd diri kebelakangan ni. Pertama-tamanya nak menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kpd Yang Maha Esa atas segala kurnianNya. Di atas limpah rahmatNya, telah aku kecapi pelbagai nikmat dan rezeki.
Syukur Alhamdulillah, tanggal 1 Jun lalu, aku telah selamat dinikahkan dengan Chenta di rumah keluarga di Kluang, Johor. Dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami dan isteri. Maka dengan itu, bermulalah tanggungjawab kami utk bersama-sama membina rumahtangga yang bahagia dan sejahtera. Insya Allah aku akan coba menjadi suami yg adil dan soleh buat isteri tersayang. Detik2 sblm nikah tu mmg takkan dilupakan. Percobaan nk melawak depan tok kadi dan hadirin buat aku bertambah nervous. Aku plak takdelah rasa nervous sngt bila nak kahwin ni tapi bila dah duduk depan tok kadi, tangan plak jadi basah dan jantung berdegup laju. Tapi luckily, Abg Aan ada kat sebelah. Dia suruh banyakkan selawat dan breathe slowly. Alhamdulillah semuanya selesai dgn jayanya dan dgn izinNya.
Skrg dah 26 hari pegang status baru, aku rasa sngt bahagia dan complete. Betullah kata orang, bila dah kahwin ni, kita rasa diri kita ni dah lengkap. Alhamdulillah dgn kehadiran Chenta dlm hidup aku ni aku rasa lebih bermakna hidup ni. Bertoleransi dan bekerjasama adalah sangat penting dlm memupuk hubungan yg erat dan mantap. Insya Allah aku harapkan positivity ni berkekalan hingga ke akhir masa. Dan aku pon rasa seronok berimamkan isteri aku bila solat. The moment bila isteri cium tangan memohon maaf buat aku rasa terharu dan bertuah memiliki isteri sepertinya.
Salah satu lagi nikmat yg dikurniakan oleh Allah adalah tawaran pelantikan sbgai PTD yg telah aku terima seminggu selepas aku berkahwin. Sejak zaman uni dulu aku mmg impikan peluang ni dan akhirnya setelah setahun lebih berkursus kadet PTD di INTAN keinginanku tercapai. Dan penempatan pulak dapat apa yang aku nak. So, lagi lah rasa blessed dan relieved. Dan syukur jugak isteri dapat penempatan yg dekat dgn aku so senang lah pepagi boleh hantar beliau dulu sblm aku ke office. Hopefully isteri tak dihantar jauh lah bila dah selesai penempatan nnt. Tak sanggup nak duduk jauh2 ni. Huhuhu.
Skrg ni, 'pooling' period. So mmg banyak masa spend kat library. Tapi aku malas nak complaint apa lah kan. Just relieved yg ada masa utk rehatkan diri setelah tamat kursus. Tapi yg penat tu adalah travelling time. Dari Semenyih ke Putrajaya dah kena keluar awal utk mengelak traffic. Hopefully adalah nnt jalan alternative utk ke Putrajaya. Kasi senang sikit perjalanan ke pejabat.
I think cukuplah for now. I'll continue later with more entries, insya Allah.
Thanks for reading hopeisabeautifulthing.
1 comment:
Congratz on your wedding, dude! When's your reception again? Insha-Allah I bawak cik abang I pegi nanti, k? :) Kirim salaam to azziera for me :D
Post a Comment