Friday, 1 August 2014

Whaddup?

Assalamualaikum wbt

Pertama-tamanya aku menzahirkan rasa kesyukuran aku kepada Yang Maha Esa atas segala kurnianNya. Hidup dan matiku semuanya di tanganNya. Dialah jua Penentu, Pemilik sekalian Alam.

Entri ni sepatutnya dah lama publish tapi disebabkan kekadang tu malas nak menaip dan belum ada idea sebab tu lama blog ni tak terusik. Anyways, just nak share first sekali pasal posting aku. Alhamdulillah, aku ditempatkan di KWP pada 13 Jun lepas, setelah dilantik pada 7 Jun. Setelah sebulan ber'pooling' aku akhirnya ditempatkan di Bahagian Pembangunan Sosio Ekonomi, Seksyen Sosial dan Perumahan. Jaga Unit Pengurusan Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial. Macam deal dengan persatuan penduduk lah kiranya. Hopefully aku dapat timba sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh dari otai2 kat sini. 

Nak share jugak yang tahun ni first time berpuasa bersama isteri. Yelah, aku kan kahwin 1 Jun lepas, kira2 sebulan jugak sebelum puasa. Alhamdulillah ibadah puasa ni kitorang dapat jalani dengan baik dan sempurna. Walaupun kekadang tu terlepas solat terawih sbb penat sangat travellling back and forth dari office ke rumah. Memang terasa lah kepenatannya. Tidur pon kekadang tak cukup. Weekend baru lah dapat ganti balik masa tidur tu. Huhuhu. Tentang juadah berbuka, aku pon takdelah nak picky sangat, mana yang ada itulah aku makan. Takdelah aku nak request makanan yang sedap2 kan. Tapi adalah jugak few times yang dapat berbuka kat Nandos (kakak ipar belanja) dan kat PICC (abang ipar belanja). Yelah, pegawai takde duit kan, gaji plak hujung bulan Ogos baru nak dapat. So memang menagih simpati lah jawabnya. Hehe. Takpelah, awal2 ni mmg terasalah kepayahan hidup ni. Jangan give up sudah. 

Rasanya cukuplah entri pasal kerja dan puasa ni. Entri pasal raya nnt aku tulis plak mggu depan. Hohoho

Ok, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. 

No comments: