Assalamualaikum wbt.
Syukur Alhamdulillah semalam genap setahun menjalani kursus kadet PTD 2013. Bermula dari 26 Mei 2013 hinggalah semalam, 26 Mei 2014, banyak kenangan manis dan pahit, suka dan duka, telah ditempuhi bersama 96 rakan kadet yang lain. Alhamdulillah kami masih di sini. Masih bersama. Mengharungi saki baki perjalanan yang mencabar ini. Berkat doa ibu bapa dan sokongan rakan-rakan telah membuatkan kami berasa lebih cekal dan kuat utk menempuh liku-liku yang mendatang.
Bermula dgn kem bina semangat di KLD, Melaka hinggalah modul skrg, Penempatan Praktikal, sememangnya banyak input yang telah dipelajari, baik dan buruk, diteladani bersama. Sesungguhnya aku bersyukur diberikan kesempatan ini. Maklumlah bukan senang nak dapat peluang sebegini.
Tapi kalau nak bandingkan apa yg telah kami lalui sepanjang tahun ni dengan apa yg akan kami tempuhi utk tempoh 20-30 tahun yang akan datang mmg takkan sama. Kali ni kitorang akan berdepan dgn lebih ramai orang, agensi, persatuan dll. dlm memberikan perkhidmatan yg terbaik. Kitorang harap kitorang mampu utk melakukannya. Apa-apa pon, sikap positif dan sabar perlu ada supaya kita lebih bersemangat dlm melakukan apa jua tugas.
Aku tak tahu nak mula kat mana kalau nk sembang pasal pengalaman masuk kursus kadet ni. Tapi apa yang aku boleh share adalah kursus ni offer kau pengalaman yg luas dlm segala aspek. Pengalaman yg takkan kau dapat kat mana-mana. Satu privilege dpt buat segala bagai aktiviti dan rasa enjoy sngt.Pengalaman mencari kawan/geng dan mempercayai kawan/geng pon sesuatu yg menarik jugak. Masa ni lah kita dapat mengenali diri kita yg sebenarnya mcm mana. Macam mana kita berkawan, berkasih, berteman dan lain-lain lagi. Tu semua input yg menarik dpt dikongsi bersama.
So, kalau korang kat luar tu ada peluang utk go through kursus yg tempohnya panjang mcm kursus kadet ni, korang pergi lah. Timba ilmu, cari pengalaman. Korbankan lah setahun yg ada tu utk something yg akan buat korang lebih hargai kehidupan ni. Insya Allah ada rewards utk korang nnt. Tp hati kena ikhlas lah. Jangan buat sesuatu dgn mengharapkan balasan pulak. Boleh?
Tu je for now.
Salam 1Epik!
No comments:
Post a Comment