Tuesday, 27 May 2014

Happy 1st anniversary Epik!

Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah semalam genap setahun menjalani kursus kadet PTD 2013. Bermula dari 26 Mei 2013 hinggalah semalam, 26 Mei 2014, banyak kenangan manis dan pahit, suka dan duka, telah ditempuhi bersama 96 rakan kadet yang lain. Alhamdulillah kami masih di sini. Masih bersama. Mengharungi saki baki perjalanan yang mencabar ini. Berkat doa ibu bapa dan sokongan rakan-rakan telah membuatkan kami berasa lebih cekal dan kuat utk menempuh liku-liku yang mendatang.

Bermula dgn kem bina semangat di KLD, Melaka hinggalah modul skrg, Penempatan Praktikal, sememangnya banyak input yang telah dipelajari, baik dan buruk, diteladani bersama. Sesungguhnya aku bersyukur diberikan kesempatan ini. Maklumlah bukan senang nak dapat peluang sebegini. 

Tapi kalau nak bandingkan apa yg telah kami lalui sepanjang tahun ni dengan apa yg akan kami tempuhi utk tempoh 20-30 tahun yang akan datang mmg takkan sama. Kali ni kitorang akan berdepan dgn lebih ramai orang, agensi, persatuan dll. dlm memberikan perkhidmatan yg terbaik. Kitorang harap kitorang mampu utk melakukannya. Apa-apa pon, sikap positif dan sabar perlu ada supaya kita lebih bersemangat dlm melakukan apa jua tugas. 

Aku tak tahu nak mula kat mana kalau nk sembang pasal pengalaman masuk kursus kadet ni. Tapi apa yang aku boleh share adalah kursus ni offer kau pengalaman yg luas dlm segala aspek. Pengalaman yg takkan kau dapat kat mana-mana. Satu privilege dpt buat segala bagai aktiviti dan rasa enjoy sngt.Pengalaman mencari kawan/geng dan mempercayai kawan/geng pon sesuatu yg menarik jugak. Masa ni lah kita dapat mengenali diri kita yg sebenarnya mcm mana. Macam mana kita berkawan, berkasih, berteman dan lain-lain lagi. Tu semua input yg menarik dpt dikongsi bersama. 

So, kalau korang kat luar tu ada peluang utk go through kursus yg tempohnya panjang mcm kursus kadet ni, korang pergi lah. Timba ilmu, cari pengalaman. Korbankan lah setahun yg ada tu utk something yg akan buat korang lebih hargai kehidupan ni. Insya Allah ada rewards utk korang nnt. Tp hati kena ikhlas lah. Jangan buat sesuatu dgn mengharapkan balasan pulak. Boleh?

Tu je for now. 

Salam 1Epik!

Tuesday, 20 May 2014

Penempatan Praktikal

Assalamualaikum 

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua minggu praktikal di KKLW. Aku ditempatkan di Bahagian Pengupayaan Ekonomi. Bahagian yg create programs utk bantu orang-orang luar bandar utk generate more income. Bersama-sama Razif dan Liya, kitorang pon dengar lah taklimat berkenaan programs yg ada utk dijadikan bahan kajian nnt. 

So far, okay lah berpraktikal ni. Ramai juga PTD seniors kat sini. Banyak pengalaman yg boleh dipelajari. Tapi tulah, sayang sangat sebab tempoh kat sini cuma 8 hari je. Patutnya 10 hari tapi since akan ade Malam KPPA Jumaat ni so tak kira lah. Ada gak yg mengeluh sbb tak puas nak timba pengalaman kat sini. Tapi Alhamdulillah kitorang bersyukur dngn peluang yg diberikan ni. 

Office sementara kitorang kat tingkat 19. Nice view wey. Cantik pemandangan dari atas ni. Sepanjang dok Putrajaya ni tak pernah tgk dari pemandangan camni. Kalau lah boleh ke tingkat 32 tu (ni tingkat Menteri) mesti lagi seronok. Oh btw, Menteri taknak jumpa kitorang ke? Hehehe.Kasi lah chance melawat office Menteri kan. 

Anyways, harap-harap sambil aku berpraktikal kat sini, boleh la kot build rapport dgn seniors yang ada kat sini. Tercapai lah jugak misi skpmi yg nak kitorang bergaul mesra dgn seniors ni. Hehehe. Aku berharap jugak yg aku dapat membiasakan diri dgn bangun awal pagi gila dan bersiap ke office. Ye lah kan, start keje nnt aku dah kahwin, so confirm lah kena bangun dan gerak awal. Nak elak jam lah katakan. Hewhewhew. 

Ok, sampai sini jelah nak update. Misi mencari artikel dan buku dasar kerajaan bermula! 

Thanks for reading hopeisabeautifulthing.

12 days to go

Cuak ke tak cuak ni?

Dup dap dup dap.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami.

#arjuna #chenta #gettingmarried

Thursday, 15 May 2014

Rapuh

Mesti ku rapuh dalam langkah,

Kadang tak setia kepadaMu,

Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu,

Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu

Dalam dada, ku harap hanya diriMu yang bertakhta.

Wednesday, 14 May 2014

Final Exam DPPA Sem 2

Good luck to all PTD cadets who will be taking the final exams starting 12th of May 2014.

First paper: Leadership & Strategic Management

Second paper: Economy Policy and Fiscal Management for Public Managers

Third paper: Human Resource Management and Development

Fourth paper: International Relations

Fifth paper: Planning and Community Development

Best of luck people!!

18 Days to Go

Dup dap dup dap.

Debaran makin terasa nih.

#18daystogo