Tuesday, 30 December 2014

Tabah dan Sabar

Dalam masa dua hari lagi, kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2014. Tahun yang penuh dengan cerita-cerita yang menyentuh hati dan perasaan kita. Tahun yang tak mungkin dapat dilupakan oleh sesetengah orang, termasuklah aku sendiri. 

Kejadian-kejadian yang tak mungkin kita dapat lupakan seperti kehilangan MH370, MH17 jatuh ditembak, pencerobohan Palestin, bom meletup, banjir, angin kencang dan sebagainya mewarnai tahun 2014 ini. 

Ntah macam mana kita nak move on daripada semua ni. 

Hanya ketabahan dan kesabaran yang dipohon daripada Yang Maha Berkuasa supaya kita dapat jalani semula kehidupan seperti masa lalu. Ianya tak mungkin sama, tapi moving forward is something that we should do. 

Bertabah dan bersabarlah rakyat Malaysia. Doaku bersama kalian.

Tuesday, 2 December 2014

Disember Kembali Lagi

Assalamualaikum

Disember kembali lagi. Tu tajuk post kali ni. Ada apa dengan Disember? Apa significant Disember ni kepada aku?

Sebenarnya takde apa pun. Cuma sebab Disember ni bulan terakhir dalam tahun 2014 ni kan. So, time cenggini lah orang nak buat assessment kepada tahun yang diorang dah lalui. All the highs, lows, happiness and pains. This is the time to look back on what you've been through.

So, bila aku tengok balik apa yg aku dah lalui sepanjang tahun 2014 ni, aku rasa sangat bertuah. At times, the tide was so high that I feel like I want to give up. But somehow, I am blessed that He is there along the way to provide me strength and will to fight. Alhamdulillah.

For 2015, I am going to strive harder and push a lil further to make it.

A better living.

A family.

A career worth mentioning to the kids.

Help me, Ya Allah.